Musuh & Kawan
Siapakah Musuh Iblis?
Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya: "Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku?" Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu:
1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Pemerintah yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur
Siapakah Kawan Iblis?
Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?" Jawab iblis: "Sepuluh orang" mereka ialah:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan
------------------------------------------------------------------------------------------------
10 Jenis Sifat Zalim
Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa insya-Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.
Pertama, orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.
Kedua, orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan 'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.
Ketiga, orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak dua rakaat.
Keempat, orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang kurangnya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.
Kelima, orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.
Keenam, apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar, khususnya dalam bidang keagamaan.
Ketujuh, orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan munasabah.
Kelapan, dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.
Kesembilan, orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.
Ke-Sepuluh, orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.
Apakah kita tergolong dalam salah satu golongan di atas? Fikir-fikirkan lah..
Wallahua’lam... ...