Akibat Tidak Menutup Aurat
Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda…
Wanita yang tidak menutup aurat,
khususnya ketika berada di luar,
amatlah
rugi. contohnya, seorang gadis tidak
bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC
itu pula contohnya terdapat 3,000
manusia yang bukan muhrim, setiap kali
pandangan lelaki itu, wanita tersebut
mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari
lelaki
yang melihat (1 kali ganda), kerana
wanita itu yang menyebabkan lelaki2
tersebut tertarik untuk melihat,
subhanallah, cuba bayangkan betapa
banyaknya dosa kita, belum lagi
dicampur
dengan dosa2 kita yang lain seperti
melawan cakap kedua ibu bapa, menipu,
dan lain2.
dalam hal lain pula, saya ambil contoh,
terdapat wanita bermain internet,
contohnya myspace atau friendster, dia
menayangkan gambarnya yang tidak
bertudung. Kemudian kita bayangkan pula
berapa ramai kaum lelaki yang visit
page
kita, kalau dalam sehari ada 1000
orang,
cuba bayangkan pula jika hari2 mereka
dan orang lain visit page kita dan
melihat gambar kita tidak bertudung dan
mendedahkan tubuh badan, lihatlah
terlalu senang kita mengumpul dosa, apa
yang sedihnya, walaupun kita berada di
dalam rumah dan ketika itu kita sedang
bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan
atas kerana sekeping gambar kita'.
fikir2kanlah.
Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah
itu
wujud, kematian itu wujud, ujian Allah
itu wujud.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelebihan Zikir
ALLAH berfirman :
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Surah al-Baqarah : 152)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Surah al-Ahzab : 41)
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A’raf : 205)
Sabda Nabi SAW :
“Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama) Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Sahih al-Bukhari)
Seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak bagiku. Beritahu aku sesuatu yang dapat aku menjadikannya pegangan.” Nabi Saw berkata, “Biasakanlah lidahmu selalu bergerak menyebut-nyebut Allah (zikrullah).” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya Al Qur’an dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan. (HR. Ad-Dailami)
Apabila kamu melewati taman-taman surga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, “Apa yang dimaksud taman-taman surga itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kelompok zikir (Kelompok orang yang berzikir atau majlis taklim).” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)