...

Berliwat,Berzina & Mengumpat

Berliwat & Berzina

Pertama, liwat sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur.Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:"Sesiapa
yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui
tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia
telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada
Muhammad s.a.w." – Hadis riwayat al-Darimi.Kedua,
sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq
sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq
mewalikan anak perempuannya. Namun, jika dia telah bertaubat pasti
ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib
melafazkan kembali kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu." – Surah al-Nisa'': 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. Penzina
lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar
batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula
dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.Firman ALLAH S.W.T:"Penzina
wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya
hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa
belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup
menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.Menurut ''Ubbadah bin al-Somit r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Kamu
semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH
telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin
hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina
yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang
daerah." - Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu
Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah. Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini
sebagai hasan sahih.Manakala hukuman perbuatan liwat, kedua-duanya hendaklah dibunuh (direjam). Menurut
Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui
seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah
peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad,
al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.Wallahu a''lam.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat


6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah; Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; #Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.